Wednesday, December 9, 2009

Now tell me what the hype is all about?


*amaran: entry ini berbaur elmo. this review based solely on the movie and not the books. the writer has never ever touch the books apetah lagi membaca isi kandungan mereka.

watched new moon with my little sisters last saturday. and yeah like any other girls i was thrilled but not excited. laki ensem mestilah thrill. i dah dapat merasakan sequel memang akan kurang best. maka i wasnt expecting much from u edward cullen. my expectation was like ; i gave u money, now gimme some spice. tetapi malangnya... ah malas nak cakap.

the first part was biasa2. new semester starts, bella met edward at school. bencinta macam biasa. diorg blaja novel Romeo n Juliet by William Shakespears (mata pelajaran english literature mungkin). it was bella's birthday so everyone gave her presents, wishes and what not except for edward.

edward cakap: i have nothing to give u bella. and i feel bad bout it. even ur crush gave u something.
bella replied: i want nothing but ur love edward. u mean everything to me. i dont even care if u dont give me anything. i just want u here with me by my side. i wanna get old with u. together (i can feel u bella)
edward: i am a 109 years old vampire for god sake, bella! and you're just 18!
bella: i dont care and will never ever care bout it. make me a vampire. change me!

setelah berlaku satu kejadian, keluarga cullen merasakan mereka perlu berpindah. jadi edward pon break the heart of bella. bella nak ikut, dia cakap i wanna walk through the days with you eddie. tapi edward tak kasi. besungguh2 tak bagi dia ikut. so bella pon heartbroken tahap tertinggi. dia kawan la dgn Jacon si lelaki serigala. mak aih badan berketul macam makan steroid marijuana, weed dan byk lagi dadah2 lain. everytime Jacob and his comrades keluar kat screen the girls were like woooooowwwwww. well some may like him, macam mallissa, tapi not my type. type saya ermmmmm yang ermm ok abaikan.

jacob pon fall for bella, tapi obviously dalam hati dan jantung bella cuma ada edward. hati dan perasaan tak boleh dipaksa babe. tapi jacob ni baik je. layan si bella yg tgh heartbroken. pastu tiba2 camnentah kisahnya (akibat kurang fokus) si edward ni ingat si bella ni dah mati. so kesan dr pembelajaran Romeo & Juliet beliau pon bertekad untuk bunuh diri dengan berdiri di tgh cahaya matahari. tapi tak berjaya kerana alice pegi bgtau bella hasrat si edward ni. lalu bella pon berlari menyelamatkan edward.

pastu edward tanya bella. would u marry me?

jawapannya akan diketahui pada bulan jun 2010 apabila twilight : eclipse pula muncul di pawagam berhampiran anda.

comment juri: now tell me what the hype is all about?? tak best. for obvious reason, twilight has enormous no of fans all around the world and most of them are teenagers. so what with the i die u die scene? pengaruh tak elok untuk remaja i shall say. tiada klimaks, tiada vampire hisap darah. nasib baik hutan dan sungai nye menarik, maka saya bg markah 3/10. tu pon sebab 3 tu nombor kesukaan saya. kalau tak sy bg 1 jek. to jacob: lu makan steroid eh? will u keep ur shirts on please? to edward, u r so gay, u even sweat glitters. euuwww. hehh

till then, good bye for now c:

Monday, December 7, 2009

Parti Buih // Bachelorette Partayhh

partner in crime:

muka kenalah jahat kan?

Motif: buat ayu annoyed se annoyed annoyednye dengan berkelakuan annoying sampai ayu berasa menyesal menghadirkan diri ke majlis anjuran kami
Tentatif Program: karaoke di alamanda - surprise party di bilik hotel
Ahli subahat: Jenny dan Dalila

Aktiviti bermula apabila kamu bertemu di Alamanda untuk sesi karaoke. Perlakuan annoyed bermula - memaksa ayu membayar semua 10 lagu karaoke pada malam itu kerana beliau datang lambat sedikit dr kami. muka 2-2 host memang sangat annoying sehingga boleh buat rasa nak tampar laju2. Layanan apatah lagi. Ayu dah cakap: Menyesal datang!! Dalam hati kami : YESSSSS!!!!!

Upacara karok bermula dengan lagu careless whisper George Michael. padahal ingat tang chorus jek. saje nak bg annoyed sbb membazir duit ayu sbb tak nyanyi pon. miahahahah. aktiviti diteruskan dengan lagu avril, chemical romance dan lagu favourite nyanyi sampai 2 kali : JAIHO!! aksi karok mmg annoying dengan niat nak bg ayu annoyed.

in between the songs, sy melarikan diri untuk order pizza. pada masa yg sama, ayu dah cakap lapar2 ajak makan pas karok. kami pon dengan annoying jawab: takyah la makan, makan je ape yg ade kat bilik. setelah selesai karok kami bergerak ke parking. dengan annoyingnye kami berkata: Jumpa kat bilik eh. (padahal tak bg no bilik pon) pastu jalan laju2 pickup pizza. sambil dalila mengajak ayu ke watson untuk melengah2 kan beliau. pastu pecut gi bangi.

bg kad ni je kat dalila suh bg kat ayu bila da sampai hotel

sebaik kami tiba di hotel, ayu msg : tak jadi datang weh tatau jalan. ha cuak! saje ayu ni, blaja kat bangi sampai 5 tahun, tatau jalan plak. bencisss. pastu pujuk gak dia datang. sapa nak makan kek n pizza byk2 itu?? bejaya pujuk. lari2 naik atas prepare apa2 yg patut. pastu dalila msg da sampai and thennnnn

surppppprrriiseeee!!

yayyy. bejaya buat ayu terharu. huahuahuahua. note the buih. parti buih kan. miahahahha. aktiviti diteruskan dengan sesi crowning the princess, tangka gamba, main belon, main buih, makan. patutnye nak main truth or dare. tapi ayu ngantuk plak kan.


sape nak amek upah tiup belon boleh hubungi saya melalui email ye

Sunday, December 6, 2009

Pernah Tak?

pernah tak kau berseorangan dan tiba2 banyak benda terlintas dalam kepala. masa tgh checkout facebook, dan ternampak gamba2 lama masa zaman uitm. it was memorable. zaman yang penuh hype. dan saya masih gembira bila ingat zaman2 itu. rasa diri kerdil dan malu dgn diri sendiri sebab gamba2 tu menunjukkan yang diri ini masih dalam zaman2 gelap. dah tau benda salah, tapi masih buat. i couldnt see things seperti yang sepatutnya i see. i really dont know how to describe this feeling with words. sampai bila nak tutup hati dan biarkan gelap selama2nya, bukan? bila lagi nak jaga diri sendiri? sebab satu hari nanti, kalau itu ketentuan, akan jadi parents kepada anak2 pula. boleh harap ke diri sendiri nak jaga anak2, amanah tuhan? ketam takpela ajar anak dia jalan songsang, sebab dia mmg sejak azali jalan songsang, kau (read: saya) takkan nak ajar anak jalan songsang kan?

belajar dari kesilapan sebab manusia takkan pernah tak buat silap. then only u ll get something out of it. that's what im gonna teach my kids. sebab bila buat silap, kamu akan sakit. sebab mummy rotan (lawak ss). hehh :)

till then, goodbye for now c:

Wednesday, December 2, 2009

Will You?


Spongebob: What do you usually do when I'm gone?
Patrick: Wait for you to come back.

awwww. patrick u r so sweet.


Tuesday, November 24, 2009

To YOU

ive made myself promised not to in any way convey my emotion here. but this time around its just so hard to keep it to myself. and yet im lost for words to write those emotion out. I know i should be happy instead of being silly crying for another goodbye. thus, words down here are for me to ponder upon and for u to hold on tight to. i promise ill always be there for u.


Goodbye is not forever
It is definitely not the end
It simply means I'll miss you
until we meet again.



Wednesday, November 18, 2009

My Jogja Journey Part 4.

helloooo earthies. nak sambung citer jogja journey. destinasi seterusnya ialaaaahhhh:

5. Gunung Merapi
gunung merapi ni teletak ke arah utara jogja. journey naik kereta dalam sejam sebelum sampai ke tempat kejadian. kawasan ni kawasan pertanian. diorg tanam jagung, padi, salak dll. jagung kat jogja ni lain sket dr yg kat malaysia. dia agak berkanji, macam nasik. makan separuh je dah kenyang. jagung variety lain agaknya. setelah sejam, kitorg sampai kat kaki gunung. nak naik sampai ke atas tu jalan dia dah selorong. cam nak naik cameron highland. kat tepi2 jalan ada perkampungan org asli. tingin nak turun tengok tapi gua pengecut sket. sbb menurut pak bowo org aslinya benar2 asli. (dalam minda : pakai cawat bawak lembing, maka tak jadi turun). bila semakin menghampiri kawasan tu, udara menjadi semakin dingin dan bedebu. dah. tatau nak citer ape lagi. chekout gamba:

from afar
ni bunk house. org belanda bina for safety measure. tp tak bekesan, sebab bila lava tuh mengalir panas gila, org yg masuk kat dalam bunkhouse ni masak, xselamat dan mati, seolah2 masuk oven. shiallla bahasa melayu ku. abaikan.


orang kampung melakukan aktiviti harian seperti biasa saja.

my fav pic among all. dikala ini yours trully sedang berdiri di tebing dan di bawah sana adalah lombong tempat mengalirnya pasir2, batu batan, dan lava dr gunung itu.

cerita oleh pak bowo sempena lawatan ke Gunung Merapi:

1. pada satu hari, Sulta jogja telah melawat ke gunung merapi. beliau datang dengan menaiki motosikal dr kratonnya ke gunung merapi tanpa memakai helmet dengan kool dan bersahaja. lalu beliau telah ditahan oleh pak polisi dan di saman. pada keesokkan harinya, pak polisi yang menyamannya itu telah diturunkan pangkat dengan serta merta, kerana tidak kenal akan sultan. muahahahahah kelaka. (syok sendiri gelak sorang2)

Thursday, November 12, 2009

Jogja Journey Part III

3. Kraton

setelah setengaharian berjalan2 sekitar candi prambanan, destinasi kami seterusnya ialah Kraton n Taman Sari, yang terletak berhampiiran dengan bandar Jogjakarta. Kraton ni adalah istana sultan. sampai skrg masih guna untuk tujuan2 adat istiadat. family sultan dah tak tinggal situ. so kraton ni dijadikan sort of muzium la yang menyimpan segala2 barang2 sultan dahulu kala, gamba2, artifak2 dll. istana ni cantik design dia very colorful. tp entahlah macam tak nampak benda cantik untuk di capture, so gamba kat istana sikit je ade. (padehal dah tghari, panas giler, lapa lak tu) muahahahaha.

selepas bejalan2 sekeliling kraton yg mmg besar gila, pak bowo meminta diri untuk semayang jumaat kerana azan zohor telah kedengaran di laung2kan. maka kami mengambil kesempatan untuk mengisi kekosongan perut. jadi jalan sket kuar dr kraton tu dan jumpa restoran kat situ. tak brani sgt nak makan lesehan (gerai) sebab takot saket perut. restoran tu kitorg main blasah je masuk. dan di sinilah saya telah berjumpa dengan makanan yg paling dicari2 iaitu PISANG BAKAR. terima kaseh tuhan kerana telah memperkenankan doa hamba mu ini. dan seperti biasa i eat like a king. yaummmm. makan nasi goreng indon n minum jus jambu pink. sedappppppp n murah. berbaloi baloi.
pisang disalai/bakar with grated cheesee

setelah habis makan, maka kami pon tanya waiter boleh tak nak tumpang solat jap sebab pastu nak sambung jalan lagi. masuk2 dalam kawasan tu. mak aihh lawa gila kot die pnye ID. setelah bertanya2 dengan waiter restoren tu, rupa2nya restoren tu adalah milik adik sultan jogja sekarang ni. tekesima. kalau adik sultan malaysia pnye restoren mesti gua tak mampu nak makan. rumah (read: istana hinggap) adik sultan ni besambung dengan restoren dia. so kitorg ni kira pengunjung bertuah la sebab dapat tumpang solat kat umah adik sultan ni and take a peek at his super beautiful kraton.

4. Taman Sari

Setelah kenyang perut suka hati, kami menuju pula ke Taman Sari, iaitu Villa Sultan. masa ni dah semangat sebab kenyang kan. jalan pon laju jek. wakakaka. kat taman sari ni kitorg upah sorg guide sebab kawasan ni mmg besar siap. Taman Sari ni kira macam tempat sultan dan putera puterinya rehat2(bini sultan dok kraton, takleh join rehat2 kat sini). gundik2 seme tinggal sini. 28 orang semuanya. Taman ni ade 3 kolam renang, 1 untuk putera puterinya, 1 untuk gundik2nya, dan satu lagi private pool, untuk sultan dan gundik bertuah.

Cara untuk menjadi gundik bertuah: 28 org gundik ni akan mandi satu kolam. sultan akan memerhatikan dr atas dan usha gundik yg mana bekenan di hati. apabila telah berjaya mengesan suspek, sultan akan mencampakkan bunga kepada suspek. gundik2 ni akan berebut2 lah akan bunga yg di campak itu. so the one with the flower will get the chance to mandi bersama sultan di private pool dan kemudiannya akan menyusul ke tempat tido untuk aktiviti seterusnya. ya ampunnnn. kitorg ade amik gamba betiga kat private pool tu. boleh tourist guide tu cakap, basuh la muka guna air kolam tu. bakal awet muda. mmg tak laa mas, sebab kolam tu macam kurang penjagaan sket la. macam tak sanggup je nak sapu air tu ke muka.

ni la private pool tu. tak sanggup nak sapu muka dgn air tu.

Seterusnya kami di bawa ke destinasi bawah tanah di kawasan Taman Sari ni. ade terowong untuk ke kraton. jauh gak la. tapi kat situ dah tutup terowong. atas tujuan keselamatan. mengikut kata guide tu, Taman Sari ni di design oleh arkitek belanda. ciri2nya berteraskan senibina islam, campur buddha sket dan belanda sket. kat tingkat underground tu siap ada musolla untuk para gundik dan pekerja2 Taman Sari tu. kawasan underground ni bebentuk bulat. kat tengah2 tu ada kawasan amik wudhu dan ada 5 tangga menuju ke tingkat atas. Menurut mas guide tu, 5 tangga tu significant kepada 5 rukun islam. bila masuk waktu, seluruh kawasan underground ni akan dengar bunyi laungan azan dr musolla ni.
Next destination: Gunung Merapi (volcano)